Monday 14 March 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Dalam kegilaan penerbit filem Melayu menayangkan filem-filem hantu,muncullah Hikayat Merong Mahawangsa yang menampilkan kelainan. Secara jujurnya,asalnya saya tidaklah terlalu nak mengagungkan sangat filem ini(kerana ada kelemahannya) tapi saya akui filem ini layak dilabel sebagai epik yang menghiburkan. Tahniah Yusri...Tahniah KRU.


Apa yang menarik bagi saya ialah cerita ini bermula dengan 'visual' seorang Raja berpakaian tradisi ala Thai. Sambil bercerita(narrating) dia juga menulis ceritanya dalam manuskrip tulisan jawi. Malah,hikayat ini bermula dengan lafaz Bismillah. Mula-mula saya agak keliru,kerana semua maklum bahawa Merong Mahawangsa beragama hindu. Dihujungnya baru saya tahu bahawa yang bercerita itu adalah Sultan Mudzaffar Shah. Dalam sejarah Melayu,baginda adalah keturunan Merong Mahawangsa dan merupakan raja Kedah yang pertama memeluk Islam. Namanya sebelum Islam ialah Phra Ong Mahawangsa

Walaupun filem ini tidak menghuraikan langsung tema agama anutan masyarakat pada zaman itu,saya perasan beberapa perkara menarik tentang perkara tersebut. Antaranya:-


1. Merong Mahawangsa mendakwa dirinya adalah keturunan Alexander The Great dari Greek. Alexander The Great dalam sejarah Barat adalah seorang maharaja beragama 'pagan' iaitu penyembah dewa dan berhala.
Dikatakan keturunan Iskandar Zulkarnain.
2. Karakter Merong Mahawangsa dalam filem mula muncul di Goa,India. Dia dikatakan sebagai pelayar yang hebat yang telah mengembara ke merata tempat. India ialah tempat lahirnya agama Hindu dan Buddha yang menjadi anutan masyarakat Asia ketika itu.
Street fight ala Ong Bak
3. Dalam filem ini,Putera dari Rom dan Puteri dari Dinasti Han,China telah dijodohkan untuk menggabungkan dua dinasti terhebat dunia ketika itu. Dalam sejarah dunia,Rom dan China adalah tamadun yang maju dan mempunyai sistem kepercayaan yang unik untuk bangsa itu sahaja. Kepercayaan seperti Taoism dan Confucianism yang lahir di China masih wujud hingga kini.
Kostum yang baik,kecuali 'jarum' di pinggangnya.
4. Lanun Garuda (sebagai ganti Burung Garuda dalam hikayat sebenar) ditakuti oleh penduduk Langkasuka kerana ketuanya,Taji,boleh mengubah cuaca dengan kuasa jampi dan perbomohannya. Amalan sebegini dipanggil ANIMISME,dimana penganutnya menyembah alam dan percaya bahawa dewa-dewa berkuasa atas alam dan sekitarnya.
Langkah yang bijak-menggantikan Burung Garuda dengan Lanun Geruda.
5. Karakter-karakter utama kerap mengucapkan 'By The GODS' menunjukkan kepercayaan watak-watak lakonan mereka itu bukan beragama Islam. Seorang Muslim tidak akan bersumpah dengan nama tuhan-tuhan,kerana kepercayaan kita adalah Tauhid iaitu Tuhan itu Satu,Allah. 

6. Penulis hikayat dalam cerita ini ialah Sultan Muzaffar Shah,dulunya Phra Ong Mahawangsa. Sebelumnya sudah ada 6 raja yang lain tapi tidak memeluk Islam iaitu Raja Merong Mahawangsa, Raja Ong Mahapudisat, Raja Seri Mahawangsa, Seri Maha Inderawangsa, Raja Ong Maha Perita Deria (juga dikenali sebagai Raja Bersiong) dan  Raja Phra Ong Mahapodisat. 


Begitulah serba sedikit yang dapat saya perhatikan. Apa-apa pun filem ini sekadar hiburan. Filem ini saya beri rating 3/5. 

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Tengok,tengok jugak....solat jangan tinggal!!!

1 comment:

  1. Good review..baru rase nk g tgk cite ni lps bace post mg..hehe.

    P/s: Ur blog seem too heavy in downloading the page, i believe due to image size n big graphic..Try to compress the image b4 uploading into ur post.

    ReplyDelete