Tuesday, 11 July 2017

BAHAYA PENYAKIT ANJING GILA (RABIES)




Dalam  seminggu dua ini tular beberapa kontroversi berkenaan dengan anjing. Bermula dengan isu merebaknya penyakit angjing gila di Sarawak sehingga menyebabkan kehilangan nyawa akibat wabak tersebut. Sebahagian dari masyarakat Muslim di negara ini mula fobia dengan kehadiran anjing di persekitaran mereka (walhal anjing-anjing tersebut sudah beberapa generasi hidup di persekitaran mereka). 

Di Melaka,rakyat tempatan mula menggesa Pihak Berkuasa Tempatan menangkap anjing-anjing dengan menjadikan wabak anjing gila sebagai alasan. Di pihak lain ada pula yang mungkin berhati murni mahu 'menyedarkan' masyarakat supaya jangan mendiskriminasi anjing. Namun cara mereka menayangkan video kemesraan anjing peliharaan dengan tuannya telah menyentuh sensitiviti masyarakat Islam Malaysia.

 Di sini saya tidaklah mahu berbicara tentang hukum menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan(pet) di dalam rumah. Itu rasanya boleh dibincangkan  dalam segmen keagamaan nanti. Rasanya baik juga kita bincangkan dari sudut sains. Semoga boleh memberi sedikit pencerahan kepada kita tentang sebab kenajisan anjing dan kaitan khusus kenajisan tersebut dengan air liurnya.

Everything happens for a reason. Mungkin kontroversi yang berlaku sekarang ini adalah petunjuk dari Allah tentang hikmah di sebalik kenajisan anjing. 

PENYAKIT ANJING GILA(RABIES)
 

 Rabies atau penyakit anjing gila adalah penyakit zoonotic, iaitu penyakit bawaan haiwan kepada dan manusia. Dalam kes rabies, ia disebarkan oleh anjing, kucing, rakun dan beberapa jenis binatang liar lain seperti musang, coyotes dan monyet. Haiwan ternakan, arnab dan kuda juga pernah dilaporkan terkena rabies.Bagaimana Virus RABIES Menjangkiti Otak?
Jangkitan rabies menyebabkan kematian dalam 99% kes. Walaupun telah ada vaksin dan rawatan immunoglobulin untuk menghalang jangkitan rabies dari terus bersarang dalam tubuh, lebih 50,000 orang meninggal dunia disebabkan rabies diseluruh dunia.
Image result for rabies
Virus rabies (RABV) adalah penyebab jangkitan rabies. Ia tergolong dalam genus lyssavirus dari family Rhabdhoviridae. Virus ini tergolong dalam virus jenis neutropic kerana kebolehannya menjangkiti dan berumah dalam sel-sel neuron.
MENGENALI VIRUS RABIES
RABV adalah virus bersaiz 180 nanometer oanjang dan 75 nanometer lebar yang sangat kecil dan ringkas. Cuma mempunyai protein matriks (protein M), nucleoprotein (N), Phosphoprotein (P), Glycoprotein (G) dan polymerase (L). Genom RABV hanya mengekodkan 5 jenis protein ini sahaja. Jujukan genome tersebut pula dalam jujukan negative bebenang tunggal RNA,
Diagram of the rabies virion
Imej dari CDC.gov
Apabila berada diruang antara neuron, RABV akan berinteraksi dengan reseptor neuropemancar yang ada pada neuron tersebut. Selalunya reseptor acetylcholine. Protein G berfungsi untuk melekatkan RABV kepada reseptor tersebut.

Cross-sectional diagram of the rabies virion
Imej dari CDC.gov
Seterusnya, virion ini akan diangkut masuk kedalam sel melalui proses pinocytosis. Pembentukan vesikel berisi cecair ini mengangkut virion masuk kedalam sel tanpa menyebabkan tercetusnya signal untuk memanggil sistem imun bertindak.
Diagram of the rabies virus genome
Imej dari CDC.gov
Tidak seperti kebanyakan bakteria yang mampu membahagi dengan menggunakan sistemnya sendiri, virus seperti RABV adalah sangat oportunis. Ia memerlukan hos untuk mereplikasi dan menghasilkan anak-anak virus yang seterusnya. Ini adalah kerana struktur kebanyakan virus adalah ringkas. Ia akan mengarahkan sistem sel yang dijangkiti dan menggunakan segala nya dari sel tersebut untuk menghasilkan virus baru.
Related image
Bagaimana virus RABV memanipulasi sistem sel kita untuk menghasilkan lebih banyak virus

Sesampainya virus masuk kedalam sel kita, protein L akan cepat-cepat mentranskripsi jujukan RNA tadi untuk menghasilkan mRNA yang mengekodkan jujukan protein. Jujukan-jujukan mRNA ini akan menggunakan sistem ribosom dalam sel kita untuk menghasilkan protein-protein N, P, M, G dan L yang baru. Protein-protein ini seterusnya akan digabungkan (menggunakan sistem sel kita juga… sigh) untuk menjadi virus yang lengkap.
Image result for rabies virus
Sesudah itu, ribuan virion ini akan meninggalkan sel kita begitu saja. Sungguh tak kenang budi. Keji sungguh. Sudahlah datang tidak diundang, masuk saja senyap-senyap. Suruh orang dalam rumah kita masak, kerja, bagi duit untuk dia hidup senang lenang dan beranak pinak!
TRANSMISI DARI TAPAK JANGKITAN KEOTAK
Virus rabies biasanya memasuki tubuh melalui cakaran atau gigitan haiwan yang mengidap rabies. Virus dari luka ini akan membahagi secara senyap ditempat tisu luka. Ia memasuki neuron peripheral melalui simpang neurootot (neuromuscular junction) seperti yang dibincangkan diatas . Dari sel saraf atau neuron peripheral ini ia akan bergerak inci demi inci, dari satu neuron ke neuron yang lain sehingga sampai keotak.
Image result for rabies virus
Apabila ia sampai keotak, ia juga akan menyamar masuk melalui vesikel dipermukaan sinaps masuk ke neuron melalui kaedah pinocytosis dan transmisi retrograde. Ini membolehkan virus ini senang-senang melepasi rintangan salur darah otak (blood brain barrier) yang selalunya sangat ketat menapis anasir asing dari memasuki otak.
Image result for rabies
Seterusnya, virus ini akan menjangkiti dan menyerang sel-sel neuron di otak. Ketika ini symptom-simptom rabies akan mula kelihatan dengan nyata. Jangkitan virus rabies pada asalnya tidak menunjukkan simptom yang ketara. Biasanya kelihatan seperti flu, ketidakselesaan tubuh, demam, sakit kepala.
Image result for rabies
Sehinggalah beberapa hari selepas jangkitan, ketika RABV telah menyerang neuron otak. Dalam masa yang sama, virus ini juga akan disebarkan keseluruh organ-organ termasuklah kelenjar liur untuk menyebarkan virus ini kepada mangsa lain pula (melalui gigitan).

Related image
Jangkitan rabies menjadikan manusia dalam dua keadaan:
  • Keadaan furious dimana berlaku sawan, delirium, halusinasi, kecelaruan dan epileptic
Ketakutan pada air adalah simptom bagi jangkitan peringkat lanjut yang klasik bagi rabies. Pada fasa ini, pesakit akan mengalami kepayahan untuk menelan, panik terhadap air sehinggakan tidak dapat mengambil minuman untuk melegakan dahaga pun. Keadaan ini dikatakan berpunca dari virus-virus rabies yang mendiami kelenjar liur. Niat dan berfikir untuk minum menyebabkan stimulasi kelenjar liur dan mengakibatkan kekejangan otot-otot disekitar larynx dan tekak.
  • Paralytic rabies atau keadaan paralysis dimana otot-otot tubuh dalam keadaan vegetative.

Team Root of Science melahirkan rasa dukacita dan simpati terhadap sesiapa yang terlibat dengan jangkitan virus rabies di Sarawak terutama keluarga dua orang anak kecil yang meninggal dunia akibat virus ini. Takziah diucapkan.
RUJUKAN
Davis BM, Fensterl V, Lawrence TM, Hudacek AW, Sen GC, Schnell MJ. Ifit2 is a Restriction Factor in Rabies Virus Pathogenicity. Journal of Virology. 2017 Jun 21:JVI-00889.
Randall RE, Griffin DE. Within host RNA virus persistence: mechanisms and consequences. Current Opinion in Virology. 2017 Apr 30;23:35-42.
Fu ZF, Jackson AA. Neuronal dysfunction and death in rabies virus infection. Journal of neurovirology. 2005 Jan 1;11(1):101-6.
Lentz TL, Burrage TG, Smith AL, Crick J, Tignor GH. Is the acetylcholine receptor a rabies virus receptor?. Science. 1982 Jan 8;215(4529):182-4.
Johnson N, Cunningham AF, Fooks AR. The immune response to rabies virus infection and vaccination. Vaccine. 2010 May 21;28(23):3896-901.

Artikel ini diambil dari blog Root of Science. Barisan Admin Root of Science terdiri dari individu dari pelbagai latar belakang, bidang kepakaran dan pekerjaan. Ada yang bekerja dalam bidang professional, ada juga yang berkhidmat dalam bidang akademik. Walaupun latar belakang berbeza, mereka bersepakat untuk sama-sama menyebarkan kesedaran sains di kalangan masyarakat Malaysia dengan menggunakan bahasa mudah, santai dan senang diterima.

No comments:

Post a Comment