Wednesday, 2 March 2016

A New Chapter

Assalamualaikum. Peace be upon you all.

This entry is long overdue. In fact, its almost 5 years behind schedule. But better late than never I guess.

It took me a while to realize and accept the fact that since the last time this blog was active,my life has changed... drastically.

To be honest, I'm still adjusting to this change. Some adjustments happened naturally while others are still in progress.

However, this entry is a step to motivate myself to start blogging again. Hopefully Shooting Star Prezz will be active again.

In a nutshell here are some of the changes since 2011 :
1. I'm a permanent teacher at last. All those years as GSTT has finally paid off and will always have a special place in my memory.

2. I'm teaching special education. This never crossed my mind in the past. It's not as bad as it sounds. In fact, I'm starting to settle into this new career path.

3. My social status has changed from single to multiple (pun intended...I sometimes enjoy watching Grandfathered on FOX). I,m proud to say I'm a dad now living under one roof with my lovely wife and my son.

4. I'm thousands of kilometers away from where I used to live. Labuan! Who would've guess.

I guess that's it for now. May Allah bless us all.

Sunday, 25 September 2011

PAI UNTUK PELAJAR - TINGKATAN 2 - BERIMAN KEPADA KITAB SUCI

SETELAH SEKIAN LAMA DITUNGGU. NOTA TERBAHARU


KEJUTAN BESAR DI PAGI SELASA

Di pagi Selasa yang hening....perhimpunan pagi SMK Paka yang rutin tiba-tiba dikejutkan oleh kedatangan VV(vvvvvvvvvvvvvvvv)IP yang tidak disangka. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu,Tn.Razali bin Daud telah melakukan lawatan mengejut di hadapan semua guru dan pelajar SMK Paka. Alhamdulillah semua pelajar telah menunjukkan disiplin yang baik dan telah mendapat pujian daripada Tuan Pengarah. 

Tuan Pengarah sempat berucap kepada semua warga SMK Paka.



Menandatangani buku pelawat.

Ikuti ucapan beliau....eksklusif di Shooting Star Prezz.


Friday, 23 September 2011

PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

Assalaamualaikum semua pembaca...

Harapnya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri untuk semua. Bersempena Syawal yang masih berbaki ini,seronok saya melihat rakan-rakan Muslimin Muslimat bertungkus lumus(ada yang berjuang) untuk menghabiskan ibadah Syawal khususnya puasa enam yang amatlah digalakkan. Saya doakan Allah beri ganjaran pahala puasa setahun sepertimana yang telah di'offer'kan kepada kita. 

Eloklah kiranya saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit bacaan berkenaan puasa enam. Harap-harapnya dapat menjadi panduan kita semua untuk menjadi Muslim yang Slim(slim dari sifat Mazmumah)

Tazkirah oleh Ustaz Buluh (Ustaz Muhammad Rashidi bin Haji Wahab) merupakan salah seorang panel agama iLuvislam.com.

Kini kita berada dalam bulan Syawal dan masih berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk melangkah ke bulan Zulkaedah. Sepanjang tempoh ini juga kerap kali saya ditanyakan pelbagai persoalan mengenai perihal puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Oleh itu, di sini saya ingin mengambil sedikit ruang untuk menjelaskan secara ringkas beberapa persoalan yang berlegar di sekitar puasa enam Syawal ini.


Antara persoalannya adalah mengenai adakah puasa enam Syawal perlu dilaksanakan secara berturut-turut atau sebaliknya. Sebenarnya cara yang afdhal (terbaik) adalah berpuasa secara berturut-turut sebaik sahaja selepas Aidilfitri yang pertama menurut pandangan mazhab Shafie dan Hanafi.


Akan tetapi, cara demikian iaitu berpuasa berturut-turut selepas Aidilfitri pertama tidaklah menjadi suatu rukun atau syarat terhadap ibadat puasa enam Syawal ini. Malah ganjaran sunatnya tetap diperolehi sekalipun dilakukan secara berselang-seli asalkan ia dikerjakan sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.


lni berdasarkan hadis daripada Abu Ayub RA, sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun" (Riwayat Muslim dan lain-lain)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa berpuasa enam hari selepas hari raya Aidilfitri maka adalah dia mencukupi setahun. Barangsiapa mengerjakan satu kebajikan maka baginya sepuluh kali ganda." (Riwayat Ibn Majah, al-Baihaqi, Ahmad dan lain-lain)


Berdasarkan hadis-hadis ini juga, mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal diibaratkan oleh Rasulullah SAW bagaikan berpuasa sepanjang tahun. Ini kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genaplah setahun." (Riwayat al-Darimi)


Selain itu, persoalan lain yang sering timbul juga adalah mengenai manakah dahulu perlu diutamakan antara puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal. Perlu diingatkan bahawa mengqada' puasa Ramadan merupakan suatu kewajipan yang perlu dilunaskan sebanyak hari yang ditinggalkan. Ia merupakan 'hutang' manusia kepada Allah SWT. Namun begitu, bagi sesiapa yang benar-benar keuzuran sehingga tidak berdaya mengerjakan puasa, mereka tidak diwajibkan mengqada' puasa yang ditinggalkan itu, tetapi wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan.
Firman Allah SWT bermaksud:
"Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya (berpuasa kerana keuzuran dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin." (Surah al-Baqarah: Ayat 184)


Dalam mengerjakan qada' puasa Ramadan, para ulama menyatakan bahawa orang yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran, mereka dikehendaki menyegerakan mengqada' puasa tersebut. Bahkan sebahagian ulama berpendapat tidak diharuskan melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam Syawal selagi tidak selesai mengqada' puasa Ramadan.


Walaubagaimanapun, bagi mereka yang meninggalkan puasa kerana keuzuran yang dibenarkan oleh syarak seperti perempuan haid atau nifas, diharuskan bagi mereka mengerjakan puasa enam Syawal terlebih dahulu sekalipun mereka masih mempunyai puasa qada' Ramadan.


Perkara ini mungkin berlaku disebabkan mereka berada di akhir Syawal dan dikuatiri tidak sempat menghabiskan puasa enam Syawal. Pun begitu, mengutamakan puasa qada' Ramadan adalah lebih baik jika mereka mempunyai waktu yang cukup untuk menghabiskan puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal dalam bulan Syawal itu juga.


Adapun mengenai persoalan niat puasa qada' dan puasa sunat secara serentak, berlaku khilaf di kalangan ulama. Sebilangan ulama menyatakan harus diniatkan dan ditunaikan puasa qada' Ramadan dan puasa sunat enam Syawal secara serentak.


Namun kebanyakan ulama berpendapat jika dapat memisahkan puasa tersebut iaitu melakukan puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal pada hari yang berlainan adalah lebih baik berbanding dengan berpuasa secara serentak.


Berikut merupakan keterangan dan langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan mengenai puasa serentak ini:
1. Selesaikan puasa qada' Ramadan terlebih dahulu sebelum berpuasa enam Syawal. Ia adalah lebih baik dengan mengutamakan puasa qada' Ramadan yang wajib terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat. Hal ini dilihat bertepatan dengan firman Allah SWT bermaksud:
"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan kebaikan bagi) keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang berbuat kebajikan." (Surah ali-Imran: Ayat 133)
2. Namun jika kita tidak mampu melaksanakan puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal secara berasingan di dalam bulan Syawal, maka harus kita mendahulukan puasa enam Syawal terlebih dahulu. Ini kerana puasa enam Syawal hanya boleh dikerjakan pada bulan Syawal sahaja sedangkan puasa qada' Ramadan boleh dikerjakan selepas bulan Syawal.
3. Jika kita tidak mampu juga melaksanakan puasa enam Syawal dan qada' Ramadan secara berasingan disebabkan keuzuran, maka puasa secara serentak antara puasa enam Syawal dan qada' Ramadan adalah langkah terbaik.


Demikianlah beberapa penjelasan mengenai permasalahan berkaitan puasa enam Syawal yang sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam di Malaysia pada masa kini. Semoga dengan penerangan ini akan menjadikan puasa enam Syawal kita lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.
Wallahualam.

Thursday, 23 June 2011

Jangan tinggalkan nasib diriku di tanganku semata-mata.....



Sudah menjadi lumrah insan,bila kita berada dalam kesusahan,kita akan kembali mengingati Tuhan. Rasulullah mengajar kita,apabila masalah melanda sebelum memohon pada Yang Esa hendaklah kita sedari hanya dengan bantuan-Nya kita akan berjaya keluar dari kesusahan kita. Pohonlah supaya Allah tidak meninggalkan kita di saat kesusahan ini. InsyaAllah Taufiq-Nya akan menyinari hidup ini. Sama-sama kita muhasabah diri kita di hari Jumaat yang mulia ini.