Wednesday 2 March 2011

Selamat Datang...Ahlan Wa Sahlan....Welcome



Dimulakan dengan nama Allah yang Mulia. Semoga kembalinya saya ke bidang penulisan web ini dengan  lebih berkualiti dan matang.

Shooting Star Prezz bukanlah yang pertama saya terbitkan di internet. Semasa masih di bangku pengajian dulu,saya sudahpun berjinak-jinak dengan 'blogging' dengan menggunakan nama yang sama. Namun Shooting Star Prezz v.1 (versi pertama) hanya untuk tatapan sahabat-sahabat terdekat.

Shooting Star Prezz v.2 (versi kedua) saya rancang untuk menjadi pelantar untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan keadaan semasa. Jika diizinkan Tuhan,oleh kerana saya sekarang merupakan guru di SMK PAKA,saya juga bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai alternatif kepada pelajar-pelajar saya untuk berinteraksi berkenaan apa yang telah dibincangkan di sekolah. Barangkali mengangkat tangan,berdiri dan bertanya soalan itu dirasakan agak keberatan...maka di sini sesiapa sahaja boleh bebas bertanya.

Selain itu, saya akan selitkan juga log peribadi jika ada perkara yang menarik yang berlaku. Sebagai bonus,jika mampu akan ada juga sedikit segmen hiburan dan download bagi pengunjung web.

Let this journey begin. Sekian.

No comments:

Post a Comment