Friday 18 March 2011

KULIAH PILIHAN - KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS


Sempena Jumaat yang mulia ini,digalakkan kita mempertingkatkan ibadah terutama sekali ibadah-ibadah khusus seperti solat dan perkara-perkara sunat yang lain. Ada ibadah-ibadah tertentu yang pada zahirnya nampak begitu ringkas namun ganjarannya di sisi Allah sangat besar seperti menyempurnakan wudhu dan membaca beberapa potong ayat al-Quran. Antara ayat-ayat yang besar ganjaran bacaannya ialah Surah al-Ikhlas. 

Kuliah hari ini disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus,seorang ulama terkenal di negeri Terengganu kita ini. Sama-sama kita ikuti petikan kuliah beliau.


Antara intisari perbincangan beliau :-
  • Kelebihan pahala Surah al-Ikhlas ialah,jika dibaca 3 kali pahalanya menyamai bacaan seluruh al-Quran al-Quran. 
  • Imam Hambali Rahimahullah pernah berkata bahawa sesiapa yang  lalu di kawasan perkuburan lalu dibacanya Surah al-Ikhlas 11 kali maka pahalanya menyamai jumlah jenazah yang tertanam di situ (wallahu aa'lam).
  • Isi kandungan utama surah ini ialah berkenaan akidah yang betul iaitu Tauhid - kepercayaan kepada keesaan Allah.
  • Asas utama dalam Islam yang perlu didahulukan ialah mengenal Allah(Ma'rifatullah). Itulah pokok ilmu aqidah dalam Islam. 
  • Kita perlu mempelajari aqidah yang betul kerana aqidah yang salah akan membuatkan amal kita tidak diterima oleh Allah. Oleh itu sepertimana dalam ibadat,kita juga perlu mempelajari perkara-perkara yang boleh membatalkan aqidah supaya dapat dijauhi perkara tersebut.
  • Orang yang tidak kenal Allah,tidak akan rasa cinta pada Allah. Orang yang tidak mengenali Tuhan juga tidak akan gerun pada-Nya. Kerana itulah manusia tidak takut untuk meninggalkan suruhan-Nya dan berani melakukan kemungkaran.
  • Ibadah ringkas seperti membaca Surah al-Ikhlas 3 kali merupakan perkara yang sangat mudah untuk dilakukan,tapi masih jarang dilakukan. Ini kerana beratnya dosa seorang insan,sehingga menghilangkan rasa ringan untuk berbuat ibadah.


Wallahu aa'lam.


p.s. ceramah Ustaz Azhar disampaikan dalam loghat Terengganu pekat. Bagi sesetengah orang,mungkin sukar untuk memahami beberapa perkataan tertentu. Bagi yang tertanya-tanya....perkataan nabasiti bermaksud universiti.

No comments:

Post a Comment