Friday 22 April 2011

PREZZZURAIHI SANA SINI - perkhemahan kadet bomba & pertandingan nasyid.

Assalamualaikum kepada semua pembaca Shooting Star Prezz. Sejak hampir sebulan kebelakangan ini saya kurang berkesempatan untuk memasukkan bahan-bahan terkini ke dalam blog ini. Asyik sangat mengurus program pelajar sehingga kurang masa nak mengahadap PC untuk memasukkan bahan. Kehidupan peribadi pun agak terabai,sehingga ditegur si dia baru perasan. 

InsyaAllah sekiranya tiada aral melintang,pada minggu-minggu yang akan datang blog ini akan meledak dengan maklumat terkini dan artikel menarik. Sementara itu,saya uploadkan beberapa gambar kenangan aktiviti sepanjang beberapa minggu ini bersama para pelajar.


PERKHEMAHAN KADET BOMBA NEGERI TERENGGANU 2011
TEMPAT             : PUSAT KOKURIKULUM,KEM MERBAU MENYUSUT,SETIU
TARIKH              : 15 - 18 APRIL 2011
PENCAPAIAN   : KETIGA PERTANDINGAN KAWAD KAKI,KETIGA KAWAD HOS (OPERASI BASAH)


4 hari berkhemah bukannya lama. Tapi kalau diambil kira tempoh 3 minggu sebelumnya untuk latihan pusat di sekolah,menguruskan 32 orang untuk ke perkhemahan ini amat memenatkan. Kerenah dari hari pertama sehingga hari bertolak ke kem tak putus-putus. Sampai di kem sana,mental ini sudah lesu. Nasib baik ramai lagi rakan yang membantu. Sepanjang berada di sana,walaupun banyak kerenah...tapi amat menyeronokkan. Pencapaian mendapat tempat ke-3 negeri sudah cukup untuk melahirkan rasa syukur dan lega di hati. Semuanya pulang dengan pengalaman berharga dan hati gembira. Tahniah para kadet sekalian. Saya amat bangga dengan anda semua. Sama-sama kita puji Tuhan yang memberi kita peluang dan kejayaan ini. ALHAMDULILLAH.


Kontijen Dungun sentiasa ceria sepanjang kem.


Senyuman seindah suria memancar.


Bersama pasukan Kawad Operasi Basah. Tahniah tempat ke-3 Negeri.


Kontijen Dungun 2011.


Cikgu Yusop sebagai mentor dan teman. Banyak pengalaman dapat dikongsi.


Kami mengambil tips dari yang terbaik...dua guru pengiring kebangsaan.


Takde pisau dipinggang tu bukan bomba LOL.


Bergambar di hari terakhir kem.


Siap nak balik dah.



*p.s. suatu pagi,seorang wanita misteri menegur dan mengkritik saya tanpa ada sebab yang jelas. Katanya saya tak boleh duduk dan lihat je,saya perlu menjadi 'main man' dalam kadet bomba di tempat saya. Usaha lebih lagi biar betul-betul jadi kebanggaan pelajar saya. Pergi kursus bomba dan kuruskan badan. Mula-mula 'bengang' jugak....dah dekat sebulan bekerja untuk perkhemahan ni,bukannya melepak je. Tapi ada betul katanya....saya TERIMA SEBAGAI CABARAN. Thank you mystery woman...whoever you are.


PERTANDINGAN NASYID SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT ZON B DAERAH DUNGUN.
TEMPAT          : DEWAN SERI GEMILANG SMK PAKA
TARIKH           : 19 APRIL 2011
PENCAPAIAN: NAIB JUARA ZON B (layak ke peringkat daerah)


Belum hilang pening dan penat berkhemah,tugasan baru sudahpun menanti. Asalnya jadi jurulatih nasyid je,tiba-tiba terus naik pangkat jadi PENGERUSI HAKIM. Atas sebab minat dan ingin pengalaman,saya tidak menolak. Bukan senang seorang GSTT untuk ditawarkan tugas begitu. Pengalaman begitu memang dicari. Alhamdulillah,mental saya masih kuat untuk mengharungi hari itu. Tambah gembira apabila SMK Paka menjadi naib johan dan terpilih mewakili zon ke peringkat daerah pada 28 April 2011. Sekalung tahniah untuk semua ustazah yang sudi berkorban masa melatih pasukan nasyid kita sehingga berjaya. Namun,sudah lumrah manusia zuhud tak selesa diberi pujian...jadi apa kata kita puji Tuhan. ALHAMDULILLAH.


SMK Paka - Naib juara Zon B Daerah Dungun
Diharapkan minggu-minggu akan datang lebih produktif terutama bagi saya untuk men'update' blog ini. Terima kasih kerana kekal setia dengan Shooting Star Prezz.

Friday 8 April 2011

KULIAH PILIHAN - Jangan Bersedih...Allah bersama kita.

Tatkala dunia dirasakan makin menghimpit,resah gelisah mula melanda. Masalah jiwa yang berpanjangan seolah-olah tiada penghujungnya. Silap yang sekelumit membuat hidup kita seakan-akan sudah hancur berkecai dan sesat kita selangkah,sudahpun hilang punca untuk kembali ke asalnya. Dunia sering membuat kita rasa sebegitu.

Namun saudara seagamaku,usah risau kerana jalan keluar dari gundah gulana ini ada pada Yang Maha Esa, Ketenangan jiwa yang dicari selama ini hanya selangkah di hadapan kita. Kerana selangkah kita rapat pada pencipta kita...bagaikan seribu langkah kita makin didekati-Nya. Ikutilah tazkirah yang indah ini daripada Dr.Asri Zainal Abidin.  

Monday 4 April 2011

PAI UNTUK PELAJAR - Bahagian Tilawah T2 - ILMU PENYULUH KEHIDUPAN

Menuntut ilmu merupakan sesuatu teras dalam kehidupan beragama. Islam menuntut umatnya supaya memiliki ilmu yang mantap barulah dapat menjadi seorang Muslim yang sempurna iman dan amalnya. Sesiapa yang ingin memiliki dunia hendak dengan memiliki ilmu,sesiapa yang inginkan akhirat juga mestilah memiliki ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya bersama,semestinya dengan memiliki ilmu.

Saturday 2 April 2011

PAI UNTUK PELAJAR - Bahagian Ibadat T1 - Mandi



 Mandi khususnya MANDI WAJIB adalah topik yang amat penting untuk dipelajari dan diamalkan khususnya ketika bermula usia baligh. Perkara fardhu ain ini tidak boleh diabaikan kerana ia menentukan sah ataupun tidak sah ibadat kita. Berpandukan buku teks tingkatan 1,marilah sama-sama kita mengulangkaji topik ini.




Sebagai maklumat tambahan,anda boleh klik pada link di bawah untuk panduan lengkap mandi wajib.
Panduan Mandi Wajib diambil dari JAKIM
Cara-cara mandi wajib berdasarkan sunnah 

Friday 1 April 2011

APA PENDAPAT ANDA - POCO POCO

Semalam blog ini telah membincangkan tentang hukum tarian poco poco. Berdasarkan perkembangan terkini,media massa masih lagi mensensasikan isu ini. Tapi apakah pula pendapat anda? Adakah anda melihat Poco Poco sebagai budaya negatif,tarian kebudayaan atau sekadar senaman ringan?Klik pendapat anda pada survey di bawah.
Sekadar hiasan


APAKAH PENDAPAT ANDA TENTANG TARIAN POCO POCO?