Thursday, 31 March 2011

POCO POCO - Kontroversi Semasa

Ketika ini media massa di Malaysia hangat memperdebatkan isu hukum tarian POCO POCO. Isu ini mula mendapat perhatian setelah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memfatwakan tarian tersebut sebagai haram. sepertimana yang dinyatakan oleh Mufti Negeri Perak sendiri Tan Sri Harussani Zakaria.  


Tarian ini merupakan satu budaya yang mula popular di kalangan masyarakat Malaysia dan ditarikan sebagai aktiviti ntuk memeriahkan majlis dan ada juga melakukannya sebagai senaman. Namun setelah pengharaman ini disensasikan,orang Islam Malaysia mula rasa keliru. Malah yang bukan Islam juga keliru. Di sini saya uploadkan paparan berkenaan hukum tarian poco-poco. Nilailah...dan cuba kita bincangkan.


Di sinilah bermulanya.....dikatakan surat dari Jawatankuasa Fatwa Perak.



Pekeliling ini menyatakan bahawa Jawatankuasa Fatwa Perak telah mengharamkan poco-poco disebabkan perkara berikut:-
1. Ia tarian dari Jamaica(?) yang berunsur pemujaan roh
2. Tarian poco-poco bercirikan agama Kristian berdasarkan gerak tari yang seakan-akan lambang salib(?).


Alasan hukum dikatakan berdasarkan kajian mendalam,namun tidak dinyatakan pula sumber kajiannya. Dengan penuh rasa hormat kepada Mufti Perak dan anggota Jawatankuasa Fatwa,saya rasa perlu juga didedahkan sumber dan bahan-bahan kajian itu. Muslim berhak mengetahui dan menilainya. 

Jika anda perasan,tarikh pada surat ini adalah sedikit perbezaan dengan Takwim Hijrah yang ada. Jika saya yang tersilap tolong betulkan.


Saya mempunyai pendapat peribadi berkenaan hal ini,namun saya rasa eloklah jika pakar dalam bidang hukum hakam sendiri yang mengulas isu ini. Berikut adalah ulasan Dr.Asri Zainal Abidin,bekas Mufti Kerajaan Perlis. Kita boleh mengambil panduan dari kaedah beliau menentukan hukum isu ini. Berikut adalah petikan dari blog beliau.

TARIAN POCO-POCO SECARA ASASNYA HARUS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

S.S Mufti Perak, Ybg Tan Sri Harussani telah mengharamkan tarian poco-poco atas asas ia berasal dari agama lain yang berunsur pemujaan ruh dan bercirikan agama Kristian. Pihak beliau mungkin ada alasan yang tersendiri. Namun, dengan menghormati hak Negeri Perak, S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, izinkan saya ingin memberikan pandangan mengenai hal ini. Ini kerana bimbang prinsip asas Islam disalahfahami oleh sesetengah pihak yang lain. Berikut perkara yang perlu difahami oleh kita;

i. Pada asasnya, semua urusan harian (daily life) dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan KECUALI jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan, atau dimakruhkan.
Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari:
Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Nabi bersabda: “Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Hadis menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan hiburan yang menjadi amalan dalam sesuatu masyarakat.
najib-poco2.jpg
- Gambar Hiasan

ii. Cumanya, jika ada unsur yang tidak baik, baginda Nabi s.a.w menegur atau menapisnya. Sebab itu apabila baginda Nabi s.a.w mendengar wanita menyanyi dengan lirik
“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).
Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar.
iii. Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini. Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hariraya, baginda menegaskan:
Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini.

iv. Atas asas ini, -pada pandangan saya- tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.

v. Jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti tai-chi, chi-kung, kata tae-kwondo dan pelbagai lagi.

vi. Untuk itu, dengan menghormati S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan. Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah, atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan.
Untuk artikel sebenar,klik sini 

Monday, 28 March 2011

PAI UNTUK PELAJAR - Bahagian Akidah Tingkatan 2 - Al-Wahid,Allah Maha Esa

Nota bergambar tajuk di atas untuk semua pelajar tingkatan 2 dan calon PMR khususnya di SMK Paka. Fahami betul-betul tajuk ini,walaupun nota ini ringkas tetapi penting untuk kita sebagai Muslim memantapkan ilmu akidah kita.




Saturday, 26 March 2011

EXCLUSIVE : Hadiah unik untuk Tn. Haji Kamaruddin pada Hari Persaraannya

Pada petang persaraannya...di rumahnya di Dungun.


Setiap tahun,di hari pertama berkhidmat di SMK Paka,wajah ceria dan senyuman Cikgu Din lah yang selalu menyambut saya dan rakan GSTT untuk kembali bertugas. Tidak dapat diungkapkan rasa penghargaan atas sokongan Cikgu Din pada kami GSTT sehingga mampu berkhidmat dalam tahun ke-4 di sini. Sempena persaraan beliau,teringin sekali saya hadiahkan sesuatu yang unik buatnya. Terima kasih kepada penganjur dan Cikgu Maulana kerana sudi memberi kepercayaan dan kesempatan. Yang penting Cikgu Din berasa gembira dan terharu atas sambutan ini. Selamat menempuh alam persaraan buat ayahanda Tuan Haji Kamaruddin bin Saman. 


Saksikanlah sekali lagi....



Friday, 25 March 2011

KULIAH PILIHAN - BERSIHKAN AKIDAH DARI AMALAN KARUT


Akidah adalah teras utama untuk menjadi seorang Muslim yang dekat dengan Allah. Asas kepada akidah ialah Tauhid iaitu kepercayaan kepada keesaan Allah yang mutlak. Seorang Muslim yang ingin dekat dengan Allah mestilah mempunyai kefahaman akidah yang kukuh dan bersih daripada segala unsur syirik dan khurafat.


KULIAH PILIHAN hari ini disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman,pensyarah Universiti Islam Antarabangsa yang juga merupakan seorang penasihat urusan muamalat professional khususnya dalam bidang perbankan Islam. 


Klip video ceramah beliau ini menyentuh tentang pantang-larang masyarakat Melayu yang berunsur karut dan bertentangan dengan akidah yang sebenar. Anggaplah ini sebagai teguran kepada semua pembaca blog ini termasuk saya sendiri. Semoga kita jauhi amalan-amalan yang disebutkan ini. 




Antara amalan-amalan pantang larang yang menyalahi akidah menurut beliau:-
  • Kepercayaan bahawa apabila isteri sedang mengandung,suaminya tidak boleh mengasari binatang kerana khuatir terkena pada anak yang dikandungkan itu.
  • Apabila rama-rama masuk ke dalam rumah dipercayai ada orang akan datang ke rumah. Wujudnya unsur percaya pada kuasa alam (animisme) dalam kepercayaan ini.
  • Gatal tangan bermakna ada rezeki hendak masuk.
  • Gelas atau kaca pecah menandakan perkara buruk akan berlaku. Ini dikatakan berasal dari kepercayaan Hindu seperti yang diakui oleh bekas penganutnya.
  • Orang yang menghafal Quran tidak boleh lalu bawah ampaian,kelak hilang hafalannya. Ini tiada asas dalam Quran ataupun hadis. Barangkali orang dahulu kala berpesan sedemikian kerana risau terpandang aurat perempuan yang sedang menyidai kain ketika itu.
  • Tidak boleh melihat ombak kerana setiap ombak yang menghempas pantai akan menarik ilmu seseorang ilmuan sehingga kurang ilmunya. Tiada dalil yang mendakwa sedemikian. 

 Sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa diberi pengetahuan untuk membersihkan akidah kita dari pencemaran pemikiran yang merosakkan. Amiiin!!!

Sunday, 20 March 2011

PAI UNTUK PELAJAR - Bahagian Ibadat T1 - Wuduk

Seperti yang telah dijanjikan kepada pelajar-pelajar saya dari tingkatan 1 Bestari dan 1 Ehsan,nota untuk tajuk-tajuk dalam kelas hari ini saya ringkaskan dalam bentuk powerpoint. Semoga nota ini dapat membantu mempelajari tajuk WUDUK insya Allah. Pelajar-pelajar lain juga dialu-alukan untuk belajar bersama. Sebarang soalan sila ajukan dalam bentuk komen di bawah atau chat di 'sidebar' sebelah kanan.





Friday, 18 March 2011

KULIAH PILIHAN - KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS


Sempena Jumaat yang mulia ini,digalakkan kita mempertingkatkan ibadah terutama sekali ibadah-ibadah khusus seperti solat dan perkara-perkara sunat yang lain. Ada ibadah-ibadah tertentu yang pada zahirnya nampak begitu ringkas namun ganjarannya di sisi Allah sangat besar seperti menyempurnakan wudhu dan membaca beberapa potong ayat al-Quran. Antara ayat-ayat yang besar ganjaran bacaannya ialah Surah al-Ikhlas. 

Kuliah hari ini disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus,seorang ulama terkenal di negeri Terengganu kita ini. Sama-sama kita ikuti petikan kuliah beliau.


Antara intisari perbincangan beliau :-
  • Kelebihan pahala Surah al-Ikhlas ialah,jika dibaca 3 kali pahalanya menyamai bacaan seluruh al-Quran al-Quran. 
  • Imam Hambali Rahimahullah pernah berkata bahawa sesiapa yang  lalu di kawasan perkuburan lalu dibacanya Surah al-Ikhlas 11 kali maka pahalanya menyamai jumlah jenazah yang tertanam di situ (wallahu aa'lam).
  • Isi kandungan utama surah ini ialah berkenaan akidah yang betul iaitu Tauhid - kepercayaan kepada keesaan Allah.
  • Asas utama dalam Islam yang perlu didahulukan ialah mengenal Allah(Ma'rifatullah). Itulah pokok ilmu aqidah dalam Islam. 
  • Kita perlu mempelajari aqidah yang betul kerana aqidah yang salah akan membuatkan amal kita tidak diterima oleh Allah. Oleh itu sepertimana dalam ibadat,kita juga perlu mempelajari perkara-perkara yang boleh membatalkan aqidah supaya dapat dijauhi perkara tersebut.
  • Orang yang tidak kenal Allah,tidak akan rasa cinta pada Allah. Orang yang tidak mengenali Tuhan juga tidak akan gerun pada-Nya. Kerana itulah manusia tidak takut untuk meninggalkan suruhan-Nya dan berani melakukan kemungkaran.
  • Ibadah ringkas seperti membaca Surah al-Ikhlas 3 kali merupakan perkara yang sangat mudah untuk dilakukan,tapi masih jarang dilakukan. Ini kerana beratnya dosa seorang insan,sehingga menghilangkan rasa ringan untuk berbuat ibadah.


Wallahu aa'lam.


p.s. ceramah Ustaz Azhar disampaikan dalam loghat Terengganu pekat. Bagi sesetengah orang,mungkin sukar untuk memahami beberapa perkataan tertentu. Bagi yang tertanya-tanya....perkataan nabasiti bermaksud universiti.

Thursday, 17 March 2011

TANYA TENTANG ISLAM - Petikan Soal Jawab Bersama Dr.Mashitah Ibrahim

Untuk segmen Tanya Tentang Islam kali ini,saya ingin memetik sesi soal jawab agama dalam akhbar Harian Metro untuk tatapan kita bersama. Antara pakar yang dipilih Harian Metro untuk mengulas isu-isu agama ialah Y.B. Senator Dr. Mashitah Ibrahim

Beliau mula terkenal sebagai seorang selebriti agama setelah muncul di TV1 untuk mengendalikan rancangan TV khas di bulan Ramadan. Pada masa yang sama beliau juga seorang ahli perniagaan dan juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). 
Best time of our lives


Saya boleh dikatakan beruntung kerana sempat belajar dalam kelas Science of Quran II yang diajar oleh beliau ketika semester pertama saya di UIAM Kampus Gombak. Biarpun manis pada pandangan mata,beliau sebenarnya sangat tegas ketika mengajar. Kalau mana-mana pelajar lelaki yang malu hendak mengaji,gelaran-gelaran sinis pasti hinggap di dahi. Begitulah yang pernah berlaku,sehingga saya pun digelar 'Pak Andak'. 


Untuk biodata penuh beliau,sila klik di bawah.
Biodata YB Senator Dr. Mashitah Ibrahim


Berikut merupakan beberapa soal jawab bersama beliau :-


Mole....
HUKUM MEMBUANG TAHI LALAT
SOALAN: ADAKAH haram membuang tahi lalat di muka dan adakah perbuatan itu seperti mengubah ciptaan Allah? Saya mempunyai banyak tahi lalat hidup di muka dan sentiasa membesar seiring dengan usia saya.Keadaan itu membuatkan saya berasa sangat malu untuk berdepan orang ramai, malah saya juga pernah diejek oleh rakan ketika bersekolah.
ATHIRAH
Kemaman



JAWAPAN : Merubah kejadian yang dimaksudkan dalam hadis larangan Rasulullah merujuk kepada perbuatan wanita zaman Jahiliah yang menyambung rambut, mencukur muka, membuat tatu dan mengasah gigi dengan tujuan menipu orang ramai akan usia sebenar mereka supaya kelihatan muda dan cantik untuk memburu lelaki dengan tujuan tidak baik. Perbuatan menghilangkan sebarang keaiban di wajah seperti membuang tahi lalat yang dimaksudkan dengan tujuan kesihatan dan perubatan adalah diharuskan.
Isteri Abu Ishaq datang kepada Aisyah R.A dan bertanya kepadanya apakah harus baginya mencantikkan dirinya, Saidatina Aisyah menjawab: “Hilangkan semua yang aib daripada dirimu apa yang termampu.”




'Tanpa alkohol' satu label perniagaan
HUKUM ALKOHOL 
SOALAN : SAYA sedia maklum bahawa umat Islam dilarang menggunakan wangian yang mengandungi alkohol ketika bersolat. Namun, bagaimana pula dengan ubat yang disapu pada badan kita yang juga mengandungi bahan itu? Adakah kita juga dilarang menggunakan ubat berkenaan?
ROY
Sabak Bernam
 


JAWAPAN : Alkohol yang dihasilkan daripada arak adalah haram diguna dan diminum. Namun, ada lagi dua jenis alkohol iaitu alkohol metanol dan etanol yang dihasilkan daripada tumbuhan dan bijirin.

Alkohol ini digunakan dalam minyak wangi dan ubat-ubatan. Ia sudah difatwakan sebagai harus digunakan. Sama seperti alkohol dalam tapai yang boleh dimakan ketika proses menjadi tapai tetapi apabila bertukar menjadi arak, ia haram diminum.




BATASAN AURAT
SOALAN : SAYA belajar di universiti tempatan dan bercampur dengan rakan bukan Islam. Apakah hukumnya tinggal serumah dengan orang bukan Islam dan batas aurat dengan orang bukan Islam?
IZA
Kuantan, Pahang


 



JAWAPAN : Orang Islam dibolehkan berkawan dengan bukan Islam. Mereka bukan najis, bahkan mereka juga makhluk Allah dan tidak salah tinggal serumah dengan bukan Islam. 
Batas aurat dengan wanita bukan Islam berbeza ikut keadaan. Jika diyakini dia seorang yang ‘thiqah’ iaitu boleh dipercayai, aurat dengan wanita bukan Islam sama seperti wanita sesama Islam iaitu antara pusat dan lutut saja. Bagaimanapun, jika ada keraguan mengenai mereka dan dikhuatiri akan diceritakan pada orang lain mengenainya, aurat adalah semua anggota kecuali muka dan tangan.



Kucing disukai oleh Abu Hurairah
KUCING BUKAN NAJIS
SOALAN : SAYA ingin mendapatkan kepastian berkenaan ibadat wuduk dan solat. Adakah terbatal wuduk jika kita memegang haiwan peliharaan seperti kucing, arnab dan lain-lain? Adakah sah solat jika pada pakaian kita ada bulu kucing?
Ada pendapat menyatakan tidak sah kerana bulu kucing yang gugur dan melekat pada pakaian serta bulu yang tercabut daripada mana-mana haiwan yang haram dimakan dikira bangkai dan najis, lantas menyebabkan solat tidak sah jika ada bulu berkenaan pada pakaian.
Jika demikian, bagaimana pula jika seseorang itu hanya menyedari ada bulu haiwan pada pakaiannya, sedangkan dia sudah selesai menunaikan solatnya? Perlukah ia mengulangi solatnya?
ADLI 
Kuching,Sarawak

JAWAPAN : Pertamanya, kucing bukan haiwan yang najis, namun ia haram dimakan. Rasulullah SAW ada menyebut bahawa kucing termasuk dalam binatang yang selalu berkeliaran dengan manusia, jadi bulunya tidak najis.
Pada zaman nabi, ada seorang sahabat yang selalu membawa kucing dalam poketnya sehingga digelar Abu Hurairah.

Tidak pula diriwayatkan dia disuruh membasuh bulu kucing jika ia najis. Maknanya tidak perlu diulang solatnya kerana ia sah.




Sensitif
ANJING MANDI DI LAUT
SOALAN : BARU-BARU ini ketika saya mandi di pantai, ada seorang lelaki memandikan anjingnya pada jarak hanya 100 meter dari saya. Adakah saya perlu samak?
ASMA
Kota Bharu



JAWAPAN : Air laut yang terbentang luas sudah menyucikan keadaannya. Jika saudara nampak ada anjing yang mandi berdekatan, saudara perlu jauhkan jarak diri jika rasa tidak selesa tetapi badan tidak perlu disamak.

Wednesday, 16 March 2011

PAI UNTUK PELAJAR -Tajuk Akhlak T2 - Nikmat dan Musibah Ujian Kehidupan


Untuk semua pelajar tingakatan 2 Amanah dan 2 Dinamik. Boleh rujuk powerpoint di bawah untuk nota ringkas tajuk Nikmat dan Musibah Ujian Kehidupan. Pelajar lain juga dialu-alukan untuk gunakan nota di bawah sebagai bacaan tambahan. 


p.s. ada sedikit kesilapan berlaku semasa proses upload powerpoint ini ke web. Jika terdapat sebarang kekurangan saya memohon maaf. Insya Allah akan diperbaiki kelemahan ini untuk nota akan datang. Terima kasih.

Monday, 14 March 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Dalam kegilaan penerbit filem Melayu menayangkan filem-filem hantu,muncullah Hikayat Merong Mahawangsa yang menampilkan kelainan. Secara jujurnya,asalnya saya tidaklah terlalu nak mengagungkan sangat filem ini(kerana ada kelemahannya) tapi saya akui filem ini layak dilabel sebagai epik yang menghiburkan. Tahniah Yusri...Tahniah KRU.


Apa yang menarik bagi saya ialah cerita ini bermula dengan 'visual' seorang Raja berpakaian tradisi ala Thai. Sambil bercerita(narrating) dia juga menulis ceritanya dalam manuskrip tulisan jawi. Malah,hikayat ini bermula dengan lafaz Bismillah. Mula-mula saya agak keliru,kerana semua maklum bahawa Merong Mahawangsa beragama hindu. Dihujungnya baru saya tahu bahawa yang bercerita itu adalah Sultan Mudzaffar Shah. Dalam sejarah Melayu,baginda adalah keturunan Merong Mahawangsa dan merupakan raja Kedah yang pertama memeluk Islam. Namanya sebelum Islam ialah Phra Ong Mahawangsa

Walaupun filem ini tidak menghuraikan langsung tema agama anutan masyarakat pada zaman itu,saya perasan beberapa perkara menarik tentang perkara tersebut. Antaranya:-


1. Merong Mahawangsa mendakwa dirinya adalah keturunan Alexander The Great dari Greek. Alexander The Great dalam sejarah Barat adalah seorang maharaja beragama 'pagan' iaitu penyembah dewa dan berhala.
Dikatakan keturunan Iskandar Zulkarnain.
2. Karakter Merong Mahawangsa dalam filem mula muncul di Goa,India. Dia dikatakan sebagai pelayar yang hebat yang telah mengembara ke merata tempat. India ialah tempat lahirnya agama Hindu dan Buddha yang menjadi anutan masyarakat Asia ketika itu.
Street fight ala Ong Bak
3. Dalam filem ini,Putera dari Rom dan Puteri dari Dinasti Han,China telah dijodohkan untuk menggabungkan dua dinasti terhebat dunia ketika itu. Dalam sejarah dunia,Rom dan China adalah tamadun yang maju dan mempunyai sistem kepercayaan yang unik untuk bangsa itu sahaja. Kepercayaan seperti Taoism dan Confucianism yang lahir di China masih wujud hingga kini.
Kostum yang baik,kecuali 'jarum' di pinggangnya.
4. Lanun Garuda (sebagai ganti Burung Garuda dalam hikayat sebenar) ditakuti oleh penduduk Langkasuka kerana ketuanya,Taji,boleh mengubah cuaca dengan kuasa jampi dan perbomohannya. Amalan sebegini dipanggil ANIMISME,dimana penganutnya menyembah alam dan percaya bahawa dewa-dewa berkuasa atas alam dan sekitarnya.
Langkah yang bijak-menggantikan Burung Garuda dengan Lanun Geruda.
5. Karakter-karakter utama kerap mengucapkan 'By The GODS' menunjukkan kepercayaan watak-watak lakonan mereka itu bukan beragama Islam. Seorang Muslim tidak akan bersumpah dengan nama tuhan-tuhan,kerana kepercayaan kita adalah Tauhid iaitu Tuhan itu Satu,Allah. 

6. Penulis hikayat dalam cerita ini ialah Sultan Muzaffar Shah,dulunya Phra Ong Mahawangsa. Sebelumnya sudah ada 6 raja yang lain tapi tidak memeluk Islam iaitu Raja Merong Mahawangsa, Raja Ong Mahapudisat, Raja Seri Mahawangsa, Seri Maha Inderawangsa, Raja Ong Maha Perita Deria (juga dikenali sebagai Raja Bersiong) dan  Raja Phra Ong Mahapodisat. 


Begitulah serba sedikit yang dapat saya perhatikan. Apa-apa pun filem ini sekadar hiburan. Filem ini saya beri rating 3/5. 

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Tengok,tengok jugak....solat jangan tinggal!!!

Sunday, 13 March 2011

Tsunami - Bencana Alam yang Membawa Peringatan

Teringat saya dalam sebuah buku yang pernah saya suatu ketika dahulu menceritakan tentang pengalaman ahli geologi di Pakistan setelah kejadian gempa bumi pada kurun yang lepas. Untuk menyedarkan rakyat Pakistan tentang langkah-langkah berjaga-jaga ketika gempa bumi,sekumpulan pakar geologi Barat telah dibawa ke Pakistan dan mengajar tentang sains geologi.

Mereka menerangkan gempa bumi dan gelinciran ini disebabkan oleh pergerakan plat tektonik bumi yang bertentang arah lalu bertembung. Namun,golongan setempat pula mempunyai pendapat mereka sendiri. Kata mereka,kejadian ini disebabkan oleh kemurkaan Allah. Berlakulah pertentangan pendapat antara tradisionalis Pakistan dan Geologis. 


Masjid Baitur Rahman yang terselamat dari tragedi Tsunami 2004
Ketika tragedi Tsunami Aceh 2004 berlaku,ramai yang mengatakan ia adalah bala yang terjadi kerana kemurkaan Allah. Apabila sebuah masjid terselamat daripada bencana itu,maka ramailah yang mempercayai yang sedemikian. 




Kini,Jepun pula dilanda gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter. Kemusnahan yang berlaku lebih menakutkan hingga meyebabkan kehilangan 1300 nyawa ,kerugian USD52 billion dan sebuah reaktor nuklear di Fukushima meletup. 
tsunami menelan semua di hadapannya



Reaktor nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi meletup


Kita doakan semoga diselamatkan mereka yang berada di sana. Hanya Allah yang tahu betapa gerunnya menghadapi situasi hidup mati seperti itu.  Ketika 'entry' ini ditulis,satu lagi gempa bumi 6.8 magnitud telah melanda Honshu,Jepun pada jam 9.26 pagi.

Sebagai Muslim,kita patut mengambil peringatan dari alam kerana ia merupakan tanda kekuasaan Allah. Sama ada dalam bentuk keindahan dan keajaiban,mahupun dalam bentuk bencana dan kemusnahan,semuanya adalah tazkirah(peringatan) supaya kita tidak lalai dari mengingati Allah. 


Kedahsyatan bencana sepatutnya membuatkan kita lebih peka dengan pemuliharaan alam sekitar. Tangan-tangan manusialah yang menjadi punca kerosakan bumi Allah ini.

Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri

Sebahagian dari bencana alam berpunca dari kekufuran dan maksiat yang dilakukan manusia sendiri seperti firman Allah dalam Surah al-ankabut ayat 40 :

Maksudnya : Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
 
Kadang-kadang kita merasakan musibah orang lain tiada kena mengena dengan kita seolah-olah satu drama dalam media massa. Di situla kita patut risau,kerana mungkin peringatan Allah ini sudah jelas tapi kita yang sengaja membutakan pandangan kita kepada-Nya. 

Saturday, 12 March 2011

MARANG VILLAGE - LEDAKAN INSPIRASI



not just posing....but focusing
(Sekadar coretan peribadi)
Bertugas di Marang Village bersama guru-guru pengawas telah memberi peluang untuk minda ini memikirkan perkara-perkara yang lebih segar untuk dilakukan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi. Seolah-olah butang 'refresh' saya telah ditekan lalu lahirlah pelbagai idea dan minat yang baru. Antaranya:-
 
1. BLOGGING

Shooting Star Prezz dah saya lancarkan sebelum kem lagi,tapi 3 hari di kem telah memberi banyak idea untuk saya masukkan dalam blog ini. Sesi kuliah dan soal jawab bersama peserta kem (sorry,lupa nak amik gambar dalam surau) membuatkan saya terfikir elok juga kalau apa yang dibincangkan waktu itu saya kongsikan bersama semua pembaca. Lagipun atas amanah ilmu,saya rasa perlu saya jawab soalan-solan tersebut sekali lagi dengan tepat bersumberkan rujukan yang sahih.
 Bertanya untuk dapat ilmu
 Menulis untuk berkongsi pengetahuan
Idea mestilah ada hujahnya. Kalau tidak,akan dianggap sebagai gurauan.


2. FOTOGRAFI

Secara jujurnya,saya ini seorang peminat teknologi elektronik. Apa sahaja yang baru akan buat saya teruja. Kerana itulah saya pilih model handphone yang saya guna sekarang ini(yang sentiasa menjadi mangsa komen sinis Cikgu Azman HEM-membazir katanya,canggih tapi kecik sangat-but no hard feelings,honestly).
 Mangsa kritikan. Despised for being technologically advanced.
 Lucu tapi sinis-Cikgu Azman is always informative and entertaining.

Tapi antara teknologi yang saya masih belum pandai ialah fotografi. Jeles sungguh bila melihat foto-foto yang di 'snap' oleh Cikgu Kamal mahupun oleh pelajar-pelajar berbakat seperti Ann Nur,Shahirah,Hamisah dan lain-lain. Tak dilupakan Tragedi Kem Pengawas tahun lalu yang masih berbekas di hati saya dan mereka yang hadir tahun lepas(ampun Kak La,ampun Kak Mas...ampun tuan pengetua).
Good focus-taken by them.
 Not so good-taken by God knows who.
 Kualiti gambar bila tak pandai DSLR(kem pengawas 2010)-oh the horror!!!
 Gambar terbaik tahun lepas. Low in picture quality yet high in artistic value(lol).


Tahun ini DSLR Canon itu sudah berjaya saya pelajari. Dari situ lahir pula minat untuk mencebur diri ke bidang fotografi pula. Alangkah bagusnya kalau dapat 'snap' gambar sehebat National Geographic. Insya Allah boleh....Muslim Boleh!
 You might be big and black but you don't scare me anymore.




Friday, 11 March 2011

KULIAH PILIHAN - HUKUM BERKAITAN GAMBAR DAN PATUNG

Isu bergambar dan patung sering menjadi pertikaian di kalangan umat Islam sama ada di kalangan ulama,rakyat biasa mahupun ahli politik. Ada mereka yang berpegang bahawa dengan pendirian tegas bahawa Islam melarang khususnya mengukir dan memiliki patung benda hidup kerana khuatir dipertanggungjawabkan untuk memberi nyawa kepada mereka nanti. Namun di era moden ini,terdapat keperluan tertentu kepada perkara di atas. Mari kita sama-sama ikuti kuliah dari Maulana Muhammad 'Asri Yusoff dari Kelantan. 



Antara petikan perbincangan beliau :-

  • Perkara ini merupakan khilaf(perbezaan pendapat) sejak dari awal lagi di kalangan ulama'. Ada yang mengharamkan tetapi ada juga yang membolehkan. Malah majoriti ulama dahulu mengharamkannya.
  • Bagi yang mengharamkannya,ulama tersebut berpegang pada hadis-hadis Rasulullah yang menunjukkan ketidaksukaan baginda pada perkara tersebut. Antara ulama yang memfatwakan haram gambar dan patung benda hidup ialah Imam Nawawi sendiri(ulama besar Mazhab Syafi'e). Namun dia mengkhususkan haramnya dengan ciri-ciri tertentu seperti memujanya seperti yang dilakukan orang kafir sperti menggantung gambar Jesus atau Krishna. Malah benda bukan hidup juga diharamkan sekiranya dipuja secara melampau.
  • Pendapat kedua membolehkan gambar dan ukiran benda hidup seperti yang dipegang oleh majoriti ulama kini dengan alasan keperluan zaman. Malah pengkaji hadis juga berkata bahawa Rasulullah mengharamkan perkara ini pada awal Islam sahaja kerana terdapat unsur syirik dan pemujaan. Tetapi jika sudah hilang nilai pemujaan maka gambar atau ukiran benda hidup dibenarkan dengan berpandukan pada hadis lain yang menunjukkan Rasulullah sendiri duduk di atas bantal yang ada sulaman benda hidup.
  • Zaman sekarang teknologi rakaman merupakan saluran utama untuk meyebarkan maklumat. Malah agama-agama lain di dunia mula mempengaruhi pemikiran umat Islam menggunakan teknologi dalam bidang penyiaran sehingga ada yang meyeleweng dari segi akidah dan cara hidup. Sekiranya umat Islam mengharamkan rakaman dan lukisan gambar hidup,maka kita akan kerugian saluran untuk menyampaikan maklumat yang tepat berkenaan Islam. 
  • Barang permainan,makanan dalam bentuk binatang hidup dan yang seumpama dengannya tidak dikira sebagai objek pujaan walaupn dalam bentuk patung.
  • Robot-robot dan tangan-tangan mekanikal juga bukan objek pujaan,malah boleh dianggap kuli kepada manusia walaupun dalam bentuk benda hidup.
  • Majoriti ulama sekarang sudah membenarkan fotografi dan rakaman benda hidup atas dasar keperluan dan juga perhiasan seperti replika.

Secara kesimpulannya,kita boleh memegang mana-mana di antara dua pendapat di atas. Bagi yang ingin menjauhi perkara ini maka teruskan kerana ada hujjah di pihak anda. Bagi sesiapa yang ingin membolehkannya maka ada juga dalil yang boleh kita ambil panduan,dan atas dasar keperluan maka gambar dan ukiran benda hidup dibenarkan. Namun,kita sebagai umat Islam haruslah berhati-hati dengan objek seperti patung dan gambar kebesaran kerana dikhuatiri boleh membawa unsur syirik.

Thursday, 10 March 2011

akan datang.....

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Semoga nukilan saya yang tidak seberapa ini memberi faedah kepada semua pembaca. Untuk meluaskan lagi perkongsian ilmu kita,saya bercadang untuk mewujudkan beberapa segmen khas yang saya harapkan menarik untuk diikuti semua. Berikut adalah segmen-segmen yang akan datang insyaAllah :- 



 KULIAH PILIHAN
Video-video kuliah agama dari ulama-ulama dan guru-guru agama yang terpilih akan saya uploadkan supaya dapat kita menonton bersama. Sekiranya diizinkan Allah,saya akan cuba dapatkan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Tajuk kuliah merangkumi pelbagai topik seperti ibadah,akidah,isu semasa dan semua topik yang berkaitan dengan Islam.




PAI UNTUK PELAJAR
Antara tujuan saya wujudkan blog ini adalah supaya dapat berkongsi maklumat kurikulum Pendidikan Islam (PAI) bersama pelajar saya. Oleh itu,topik-topik pilihan dari silibus PAI dari kelas-kelas yang diajar oleh saya akan saya masukkan dalam blog ini. Sekiranya ada permintaan untuk topik-topik lain,dialu-alukan semua memberi cadangan.






 ULASAN BUKU
Arwah bapa saya, Allahyarham Razali bin Man pernah berpesan jadikanlah membaca sebagai tabiat. Seboleh-bolehnya bacalah sebuah buku sebulan. Amalan ini saya jadikan rutin semasa di universiti dahulu dan kini walaupun tidak mencapai standard yang dicadangkan beliau,saya masih lagi menaruh minat yang tinggi pada buku-buku ilmiah. Oleh itu,saya fikir elok juga kalau apa yang saya baca dapat saya kongsikan bersama pembaca sekalian dalam bentuk ulasan ringkas.


 
 

IQRA'
Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan kaedah pengajian Iqra' secara online. Program ini menarik minat saya dan telah memberi idea untuk wujudkan satu segmen di mana kita boleh berkongsi ilmu berkenaan al-Quran sama ada bacaannya,tafsirnya atau ciri-ciri mukjizatnya.













Wednesday, 9 March 2011

TANYA TENTANG ISLAM - HIMPUNAN SOALAN DARI KULIAH DI MARANG VILLAGE



Dalam siri kuliah dan tazkirah sepanjang 3 hari di Marang Village,banyak soalan yang diajukan oleh peserta kem kepimpinan ini berkenaan dengan hukum hakam dan isu-isu yang berkaitan dengan Islam dan penganutnya. Sebahagian besar daripada soalannya tentang fardhu ain dan akhlak. Namun tidak kurang juga soalan-soalan berkaitan akidah,perundangan dan isu semasa. 

Secara peribadi saya kagum dengan sifat ingin tahu para pemimpin-pemimpin muda ini sekalipun mereka bukan datang dari sekolah yang berlatarbelakangkan agama. Saya doakan semoga Allah memberi mereka kekuatan untuk mendalami Islam dan mengamalkannya dalam dunia yang mencabar akidah,personaliti dan intelek seorang Muslim.

Semua jawapan akan dipersembahkan dengan jelas berserta rujukannya namun cukup ringkas supaya difahami pembaca. Perlu difahami bahawa penerangan hukum bukanlah perkara yang mudah kerana terdapat isu-isu agama yang kompleks hingga melahirkan perbezaan pendapat dikalangan ulama. Metode yang digunakan di sini ialah mengambil hukum yang paling hampir dengan al-Quran ataupun hadis.

Di sini saya lampirkan himpunan sebahagian daripada soalan-soalan agama yang diajukan.


Soalan : Ustaz,adakah seseorang itu dianggap ikhlas sekiranya ibadah yang dilakukan semata-mata kerana takutkan siksaan Allah?
Jawapan : Kunci untuk keikhlasan beribadah itu ialah Lillahi Taala(kerana Allah Taala). Sama ada dalam bentuk harapan kepada kebaikan(rajaa’),atau dalam bentuk ketakutan kepada azab yang menanti bagi yang engkar(khauf). Kedua-duanya bertepatan dengan konsep Lillahi Taala. Asalkan niat ibadah itu kita sandarkan pada Allah maka dikira sebagai Ikhlas.




Soalan : Bolehkan seseorang itu berlunjur kaki di dalam surau atau masjid ke arah kiblat?
Jawapan : Dalam masyarakat melayu amalan tersebut tidak disukai kerana perbuatan berlunjur kaki ketika duduk dianggap kurang sopan,apatah lagi apabila ke tempat yang dihormati seperti arah kiblat. Namun terdapat hadis yang menunjukkan bahawa perbuatan ini dibolehkan di luar solat.

Daripada Abdullah bin Zaid al-Mazini. Dia melihat Rasulullah SAW berbaring terlentang di dalam masjid sambil meletakkan salah satu kakinya ke atas kaki yang satu lagi.
Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 463) dan Sahih Muslim (no: 2100).

Berdasarkan hadis ini,ulama mengharuskannya dengan syarat menjaga aurat ketika melakukannya. Tetapi perbuatan ini dilarang dilakukan dalam solat kecuali bagi yang uzur(sakit) dan tidak boleh membengkokkan kaki ketika solat.

Rasulullah s.a.w. melarang kita berlunjur kaki dalam sembahyang, atau di hadapan perempuan melainkan di hadapan isteri atau hamba. (Riwayat Darul Quthni)
  


Soalan : Ustaz,kenapa orang zaman sekarang suka mengutuk dan menghina orang lain?
Jawapan : Islam melarang kita menggunakan lisan kita untuk menyakiti orang lain seperti firman Allah dalam Surah al-Hujuraat.


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Dari firman di atas,jelaslah Islam menitikberatkan soal komunikasi sesama manusia. Terdapat beberapa larangan Allah dalam dua ayat ini iaitu :-
  • Jangan merendah-rendahkan golongan lain kerana mungkin yang lain itu lebih baik dari kita.
  • Jangan kita mendedahkan keaiban orang yang lain sama ada yang dirahsiakan atau yang nyata.
  • Tidak boleh bagi seorang Muslim itu memberi gelaran yang buruk kepada yang lain. Perbuatan tersebut akan menyebabkan yang menggelar itu menjadi fasiq (orang yang melakukan dosa besar). Selagi dia tidak bertaubat,dia akan dipandang zalim oleh Allah.
  • Larangan bersangka buruk kerana sangkaan itu belum tentu benar malah kemungkinan besar salah.
  • Jangan mengintip dan berusaha mencari kesalahan orang.
  • Larangan keras perbuatan mengumpat kerana ia umpama meratah daging bangkai saudaranya.
Memang benar kini manusia lebih bebas berkata-kata hingga lupa akan batasan lidahnya. Kebebasan berbicara tidak memberi kita tiket untuk berpaling dari peringatan Allah. Oleh itu, kita mesti sentiasa sedar akan kata-kata yang keluar dari mulut kita. Sayangilah saudara kita seagama,jauhilah dari menyakiti mereka dengan lisan kita.





Soalan : Betulkah kebaikan kita akan menghapuskan dosa-dosa kita?
Jawapan : Dalam hal dosa,perlu difahami adanya dosa besar dan dosa kecil. Dosa besar boleh diampunkan dengan syarat kita hendaklah bertaubat(kecuali syirik). Manakala dosa-dosa kecil boleh diampunkan juga dengan melakukan ibadat-ibadat tertentu seperti puasa,qiamullail (ibadah diakhir malam),solat sunat dan  solat fardhu pada awal waktu.




Soalan : Adakah semua perbuatan baik dikira ibadah?
Jawapan : Dalam Islam,ada 2 jenis ibadah 1. Khas, 2. Am. Ibadah khas kita akan diterima Allah dan diberi ganjaran pahala sekiranya kita melakukannya dengan sempurna seperti yang diajarkan oleh al-Quran dan Sunnah. Ibadah am pula adalah segala perbuatan kebaikan kita yang diniatkan kerana Allah. Malah sesetengah pendapat mengatakan bahawa amalan kebaikan kita dikira sebagai ibadah walaupun tidak diniatkan sebagai ibadah.