Sunday, 13 March 2011

Tsunami - Bencana Alam yang Membawa Peringatan

Teringat saya dalam sebuah buku yang pernah saya suatu ketika dahulu menceritakan tentang pengalaman ahli geologi di Pakistan setelah kejadian gempa bumi pada kurun yang lepas. Untuk menyedarkan rakyat Pakistan tentang langkah-langkah berjaga-jaga ketika gempa bumi,sekumpulan pakar geologi Barat telah dibawa ke Pakistan dan mengajar tentang sains geologi.

Mereka menerangkan gempa bumi dan gelinciran ini disebabkan oleh pergerakan plat tektonik bumi yang bertentang arah lalu bertembung. Namun,golongan setempat pula mempunyai pendapat mereka sendiri. Kata mereka,kejadian ini disebabkan oleh kemurkaan Allah. Berlakulah pertentangan pendapat antara tradisionalis Pakistan dan Geologis. 


Masjid Baitur Rahman yang terselamat dari tragedi Tsunami 2004
Ketika tragedi Tsunami Aceh 2004 berlaku,ramai yang mengatakan ia adalah bala yang terjadi kerana kemurkaan Allah. Apabila sebuah masjid terselamat daripada bencana itu,maka ramailah yang mempercayai yang sedemikian. 




Kini,Jepun pula dilanda gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter. Kemusnahan yang berlaku lebih menakutkan hingga meyebabkan kehilangan 1300 nyawa ,kerugian USD52 billion dan sebuah reaktor nuklear di Fukushima meletup. 
tsunami menelan semua di hadapannya



Reaktor nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi meletup


Kita doakan semoga diselamatkan mereka yang berada di sana. Hanya Allah yang tahu betapa gerunnya menghadapi situasi hidup mati seperti itu.  Ketika 'entry' ini ditulis,satu lagi gempa bumi 6.8 magnitud telah melanda Honshu,Jepun pada jam 9.26 pagi.

Sebagai Muslim,kita patut mengambil peringatan dari alam kerana ia merupakan tanda kekuasaan Allah. Sama ada dalam bentuk keindahan dan keajaiban,mahupun dalam bentuk bencana dan kemusnahan,semuanya adalah tazkirah(peringatan) supaya kita tidak lalai dari mengingati Allah. 


Kedahsyatan bencana sepatutnya membuatkan kita lebih peka dengan pemuliharaan alam sekitar. Tangan-tangan manusialah yang menjadi punca kerosakan bumi Allah ini.

Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri

Sebahagian dari bencana alam berpunca dari kekufuran dan maksiat yang dilakukan manusia sendiri seperti firman Allah dalam Surah al-ankabut ayat 40 :

Maksudnya : Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
 
Kadang-kadang kita merasakan musibah orang lain tiada kena mengena dengan kita seolah-olah satu drama dalam media massa. Di situla kita patut risau,kerana mungkin peringatan Allah ini sudah jelas tapi kita yang sengaja membutakan pandangan kita kepada-Nya. 

No comments:

Post a Comment