Thursday, 17 March 2011

TANYA TENTANG ISLAM - Petikan Soal Jawab Bersama Dr.Mashitah Ibrahim

Untuk segmen Tanya Tentang Islam kali ini,saya ingin memetik sesi soal jawab agama dalam akhbar Harian Metro untuk tatapan kita bersama. Antara pakar yang dipilih Harian Metro untuk mengulas isu-isu agama ialah Y.B. Senator Dr. Mashitah Ibrahim

Beliau mula terkenal sebagai seorang selebriti agama setelah muncul di TV1 untuk mengendalikan rancangan TV khas di bulan Ramadan. Pada masa yang sama beliau juga seorang ahli perniagaan dan juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). 
Best time of our lives


Saya boleh dikatakan beruntung kerana sempat belajar dalam kelas Science of Quran II yang diajar oleh beliau ketika semester pertama saya di UIAM Kampus Gombak. Biarpun manis pada pandangan mata,beliau sebenarnya sangat tegas ketika mengajar. Kalau mana-mana pelajar lelaki yang malu hendak mengaji,gelaran-gelaran sinis pasti hinggap di dahi. Begitulah yang pernah berlaku,sehingga saya pun digelar 'Pak Andak'. 


Untuk biodata penuh beliau,sila klik di bawah.
Biodata YB Senator Dr. Mashitah Ibrahim


Berikut merupakan beberapa soal jawab bersama beliau :-


Mole....
HUKUM MEMBUANG TAHI LALAT
SOALAN: ADAKAH haram membuang tahi lalat di muka dan adakah perbuatan itu seperti mengubah ciptaan Allah? Saya mempunyai banyak tahi lalat hidup di muka dan sentiasa membesar seiring dengan usia saya.Keadaan itu membuatkan saya berasa sangat malu untuk berdepan orang ramai, malah saya juga pernah diejek oleh rakan ketika bersekolah.
ATHIRAH
Kemaman



JAWAPAN : Merubah kejadian yang dimaksudkan dalam hadis larangan Rasulullah merujuk kepada perbuatan wanita zaman Jahiliah yang menyambung rambut, mencukur muka, membuat tatu dan mengasah gigi dengan tujuan menipu orang ramai akan usia sebenar mereka supaya kelihatan muda dan cantik untuk memburu lelaki dengan tujuan tidak baik. Perbuatan menghilangkan sebarang keaiban di wajah seperti membuang tahi lalat yang dimaksudkan dengan tujuan kesihatan dan perubatan adalah diharuskan.
Isteri Abu Ishaq datang kepada Aisyah R.A dan bertanya kepadanya apakah harus baginya mencantikkan dirinya, Saidatina Aisyah menjawab: “Hilangkan semua yang aib daripada dirimu apa yang termampu.”




'Tanpa alkohol' satu label perniagaan
HUKUM ALKOHOL 
SOALAN : SAYA sedia maklum bahawa umat Islam dilarang menggunakan wangian yang mengandungi alkohol ketika bersolat. Namun, bagaimana pula dengan ubat yang disapu pada badan kita yang juga mengandungi bahan itu? Adakah kita juga dilarang menggunakan ubat berkenaan?
ROY
Sabak Bernam
 


JAWAPAN : Alkohol yang dihasilkan daripada arak adalah haram diguna dan diminum. Namun, ada lagi dua jenis alkohol iaitu alkohol metanol dan etanol yang dihasilkan daripada tumbuhan dan bijirin.

Alkohol ini digunakan dalam minyak wangi dan ubat-ubatan. Ia sudah difatwakan sebagai harus digunakan. Sama seperti alkohol dalam tapai yang boleh dimakan ketika proses menjadi tapai tetapi apabila bertukar menjadi arak, ia haram diminum.




BATASAN AURAT
SOALAN : SAYA belajar di universiti tempatan dan bercampur dengan rakan bukan Islam. Apakah hukumnya tinggal serumah dengan orang bukan Islam dan batas aurat dengan orang bukan Islam?
IZA
Kuantan, Pahang


 



JAWAPAN : Orang Islam dibolehkan berkawan dengan bukan Islam. Mereka bukan najis, bahkan mereka juga makhluk Allah dan tidak salah tinggal serumah dengan bukan Islam. 
Batas aurat dengan wanita bukan Islam berbeza ikut keadaan. Jika diyakini dia seorang yang ‘thiqah’ iaitu boleh dipercayai, aurat dengan wanita bukan Islam sama seperti wanita sesama Islam iaitu antara pusat dan lutut saja. Bagaimanapun, jika ada keraguan mengenai mereka dan dikhuatiri akan diceritakan pada orang lain mengenainya, aurat adalah semua anggota kecuali muka dan tangan.



Kucing disukai oleh Abu Hurairah
KUCING BUKAN NAJIS
SOALAN : SAYA ingin mendapatkan kepastian berkenaan ibadat wuduk dan solat. Adakah terbatal wuduk jika kita memegang haiwan peliharaan seperti kucing, arnab dan lain-lain? Adakah sah solat jika pada pakaian kita ada bulu kucing?
Ada pendapat menyatakan tidak sah kerana bulu kucing yang gugur dan melekat pada pakaian serta bulu yang tercabut daripada mana-mana haiwan yang haram dimakan dikira bangkai dan najis, lantas menyebabkan solat tidak sah jika ada bulu berkenaan pada pakaian.
Jika demikian, bagaimana pula jika seseorang itu hanya menyedari ada bulu haiwan pada pakaiannya, sedangkan dia sudah selesai menunaikan solatnya? Perlukah ia mengulangi solatnya?
ADLI 
Kuching,Sarawak

JAWAPAN : Pertamanya, kucing bukan haiwan yang najis, namun ia haram dimakan. Rasulullah SAW ada menyebut bahawa kucing termasuk dalam binatang yang selalu berkeliaran dengan manusia, jadi bulunya tidak najis.
Pada zaman nabi, ada seorang sahabat yang selalu membawa kucing dalam poketnya sehingga digelar Abu Hurairah.

Tidak pula diriwayatkan dia disuruh membasuh bulu kucing jika ia najis. Maknanya tidak perlu diulang solatnya kerana ia sah.




Sensitif
ANJING MANDI DI LAUT
SOALAN : BARU-BARU ini ketika saya mandi di pantai, ada seorang lelaki memandikan anjingnya pada jarak hanya 100 meter dari saya. Adakah saya perlu samak?
ASMA
Kota Bharu



JAWAPAN : Air laut yang terbentang luas sudah menyucikan keadaannya. Jika saudara nampak ada anjing yang mandi berdekatan, saudara perlu jauhkan jarak diri jika rasa tidak selesa tetapi badan tidak perlu disamak.

No comments:

Post a Comment