Isu bergambar dan patung sering menjadi pertikaian di kalangan umat Islam sama ada di kalangan ulama,rakyat biasa mahupun ahli politik. Ada mereka yang berpegang bahawa dengan pendirian tegas bahawa Islam melarang khususnya mengukir dan memiliki patung benda hidup kerana khuatir dipertanggungjawabkan untuk memberi nyawa kepada mereka nanti. Namun di era moden ini,terdapat keperluan tertentu kepada perkara di atas. Mari kita sama-sama ikuti kuliah dari Maulana Muhammad 'Asri Yusoff dari Kelantan.
Antara petikan perbincangan beliau :-
- Perkara ini merupakan khilaf(perbezaan pendapat) sejak dari awal lagi di kalangan ulama'. Ada yang mengharamkan tetapi ada juga yang membolehkan. Malah majoriti ulama dahulu mengharamkannya.
- Bagi yang mengharamkannya,ulama tersebut berpegang pada hadis-hadis Rasulullah yang menunjukkan ketidaksukaan baginda pada perkara tersebut. Antara ulama yang memfatwakan haram gambar dan patung benda hidup ialah Imam Nawawi sendiri(ulama besar Mazhab Syafi'e). Namun dia mengkhususkan haramnya dengan ciri-ciri tertentu seperti memujanya seperti yang dilakukan orang kafir sperti menggantung gambar Jesus atau Krishna. Malah benda bukan hidup juga diharamkan sekiranya dipuja secara melampau.
- Pendapat kedua membolehkan gambar dan ukiran benda hidup seperti yang dipegang oleh majoriti ulama kini dengan alasan keperluan zaman. Malah pengkaji hadis juga berkata bahawa Rasulullah mengharamkan perkara ini pada awal Islam sahaja kerana terdapat unsur syirik dan pemujaan. Tetapi jika sudah hilang nilai pemujaan maka gambar atau ukiran benda hidup dibenarkan dengan berpandukan pada hadis lain yang menunjukkan Rasulullah sendiri duduk di atas bantal yang ada sulaman benda hidup.
- Zaman sekarang teknologi rakaman merupakan saluran utama untuk meyebarkan maklumat. Malah agama-agama lain di dunia mula mempengaruhi pemikiran umat Islam menggunakan teknologi dalam bidang penyiaran sehingga ada yang meyeleweng dari segi akidah dan cara hidup. Sekiranya umat Islam mengharamkan rakaman dan lukisan gambar hidup,maka kita akan kerugian saluran untuk menyampaikan maklumat yang tepat berkenaan Islam.
- Barang permainan,makanan dalam bentuk binatang hidup dan yang seumpama dengannya tidak dikira sebagai objek pujaan walaupn dalam bentuk patung.
- Robot-robot dan tangan-tangan mekanikal juga bukan objek pujaan,malah boleh dianggap kuli kepada manusia walaupun dalam bentuk benda hidup.
- Majoriti ulama sekarang sudah membenarkan fotografi dan rakaman benda hidup atas dasar keperluan dan juga perhiasan seperti replika.
Secara kesimpulannya,kita boleh memegang mana-mana di antara dua pendapat di atas. Bagi yang ingin menjauhi perkara ini maka teruskan kerana ada hujjah di pihak anda. Bagi sesiapa yang ingin membolehkannya maka ada juga dalil yang boleh kita ambil panduan,dan atas dasar keperluan maka gambar dan ukiran benda hidup dibenarkan. Namun,kita sebagai umat Islam haruslah berhati-hati dengan objek seperti patung dan gambar kebesaran kerana dikhuatiri boleh membawa unsur syirik.
No comments:
Post a Comment