Friday, 4 March 2011

Nafas Baru Untuk GSTT

Dari Sabah,Timbalan Perdana Menteri kita,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran telah mengumumkan semalam bahawa 13000 Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT) di seluruh negara yang telah ditamatkan perkhidmatannya pada akhir 2010 akan dipanggil semula berkhidmat. Kontrak GSTT yang telah ditamatkan diarahkan supaya 'ditarik balik'.

Alhamdulillah,setelah hampir 3 bulan rakan seperjuangan GSTT dalam keliru menunggu keputusan kerajaan,akhirnya ada juga kata putus yang diberikan. Sekurang-kurangnya,mampulah GSTT merencana 'survival' untuk setahun lagi.

Sekalipun berstatus sementara(kontrak),sudah ramai GSTT termasuk rakan seperjuangan saya yang sudah berkeluarga dan membina hidup yang selesa dengan bergantung pada pendapatan bulanan sebagai guru. Ada yang berkereta dan membuat pinjaman peribadi untuk membiaya keluarga.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana tertekannya mereka bila mereka tidak dipanggil kembali untuk bertugas awal tahun ini. Pengumuman ini pastinya mendatangkan kelegaan kepada rakan-rakan seperjuangan.

Yang menariknya,beliau berkata penyambungan perkhidmatan ini diberikan supaya GSTT dapat menyambung perkhidmatan selama dua,tiga atau lima tahun lagi. Adakah ini bermakna kontrak baru ini datang bersama 'option' tempoh perkhidmatan?

Saya termasuk dalam golongan minoriti GSTT yang bernasib baik dipanggil kembali bertugas kembali awal 2011 sekalipun lewat 3 minggu dari tahun sebelumnya. Terima kasih saya ucapkan kepada pengurusan dan rakan-rakan guru di SMK Paka serta PPD Dungun yang sudi memberi peluang untuk saya dan rakan seperjuangan untuk memikul amanah ini sekali lagi. Sudah masuk tahun ke-4 di SMKP,rasanya jiwa ini sudah sebati.

Tahniah kepada semua rakan GSTT yang akan kembali,jalankan amanah ini dengan penuh dedikasi. Serlahkan potensi diri dengan semaksima mungkin. Semoga kita bukan hanya singgah setahun lagi,tapi kita mahu kekal berbakti. Amin!

Artikel berita harian 4 Mac 2011
13 000 GSTT Terus Tugas

Artikel Berita Harian 3 Disember 2010
Sebahagian guru sandaran kekal

No comments:

Post a Comment