Friday, 25 March 2011

KULIAH PILIHAN - BERSIHKAN AKIDAH DARI AMALAN KARUT


Akidah adalah teras utama untuk menjadi seorang Muslim yang dekat dengan Allah. Asas kepada akidah ialah Tauhid iaitu kepercayaan kepada keesaan Allah yang mutlak. Seorang Muslim yang ingin dekat dengan Allah mestilah mempunyai kefahaman akidah yang kukuh dan bersih daripada segala unsur syirik dan khurafat.


KULIAH PILIHAN hari ini disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman,pensyarah Universiti Islam Antarabangsa yang juga merupakan seorang penasihat urusan muamalat professional khususnya dalam bidang perbankan Islam. 


Klip video ceramah beliau ini menyentuh tentang pantang-larang masyarakat Melayu yang berunsur karut dan bertentangan dengan akidah yang sebenar. Anggaplah ini sebagai teguran kepada semua pembaca blog ini termasuk saya sendiri. Semoga kita jauhi amalan-amalan yang disebutkan ini. 




Antara amalan-amalan pantang larang yang menyalahi akidah menurut beliau:-
  • Kepercayaan bahawa apabila isteri sedang mengandung,suaminya tidak boleh mengasari binatang kerana khuatir terkena pada anak yang dikandungkan itu.
  • Apabila rama-rama masuk ke dalam rumah dipercayai ada orang akan datang ke rumah. Wujudnya unsur percaya pada kuasa alam (animisme) dalam kepercayaan ini.
  • Gatal tangan bermakna ada rezeki hendak masuk.
  • Gelas atau kaca pecah menandakan perkara buruk akan berlaku. Ini dikatakan berasal dari kepercayaan Hindu seperti yang diakui oleh bekas penganutnya.
  • Orang yang menghafal Quran tidak boleh lalu bawah ampaian,kelak hilang hafalannya. Ini tiada asas dalam Quran ataupun hadis. Barangkali orang dahulu kala berpesan sedemikian kerana risau terpandang aurat perempuan yang sedang menyidai kain ketika itu.
  • Tidak boleh melihat ombak kerana setiap ombak yang menghempas pantai akan menarik ilmu seseorang ilmuan sehingga kurang ilmunya. Tiada dalil yang mendakwa sedemikian. 

 Sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa diberi pengetahuan untuk membersihkan akidah kita dari pencemaran pemikiran yang merosakkan. Amiiin!!!

No comments:

Post a Comment